Pencarian Dibuat Disini

Tuesday, May 24, 2011

nih aku nak kongsi ttg link penghinaan tersebut

http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/

apa yg boleh ku katakan ialah,
manusia ini sudah rosak jiwanya, kerana dia tidak menjumpai kebenaran.
Umat islam sejati tidak akan menghina RABB nya sendiri.
Cuma syaitan yang bertopengkan manusia sahaja sanggup melakukan perkara ini.
Ayuh Umat Islam, walau blog saya ini belum ada ramai pengunjung, tp saya yakin, jika
apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan, nescaya ada yg membaca.
ini adalah maklumat yang patut dikongsi.

psst: kita umat islam teruskan berjuang dgn kekuatan fizikal dan mental untuk menegakkan syiar islam yang suci, bersama samalah kita bermuhasabah diri. 


Monday, May 23, 2011

Penghinaan Yang Amat Memalukan!!!!!!!(Sumber dari Blog Mamat)

 ASALAMUALAIKUM,
Gambar ini memang amat memalukan.
Betapa hinanya imej Agama kita......
Sila baca artikel dibawah......
Khas petikan dri blog mamat bro




http://www.ceritamamat.com/islam-kena-kutuk2-gambar-panas-yang-cukup-menyakiti-hati <<sumber


Terima kasih kepada blog MyungDAE..
Kerana membuat satu cerita yang sangat menarik..
Abg MyungDAE juga menyuruh kita sebarkan perkara ini..
Tapi mamat tak nak amik banyak-banyak gambar..
2 gambar yang mamat nak tunjuk ni pun,sebenarnya dah keterlaluan..
Untuk umat islam..
Anda tengok sendiri dan berikan pendapat anda sendiri..
Mamat dah cuba buka laman web tersebut,tapi dah takda,mungkin dah di padam..


















DAILY NEWS---BERITA HARIAN(16 POLIS DITAHAN KERANA MELINDUNGI GENG DADAH)

16 anggota polis ditahan kerana lindungi geng dadah (BERITAN HARIAN)


2011/05/24

MEXICO CITY: Pegawai pendakwa Mexico berkata mereka berjaya menahan 16 anggota polis yang didakwa mengambil rasuah daripada ahli geng dadah yang membawa kad istimewa bagi mengelak daripada ditahan.

Pihak berkuasa berkata, sebahagian pegawai itu dari pinggir bandar Mexico City yang dibayar untuk memberi amaran kepada ahli geng yang dikenali sebagai "The Hand with Eyes" mengenai operasi serbuan oleh pihak berkuasa lain.
Pegawai lain didakwa dibayar bagi memantau geng lain dan malah melindungi pemimpin geng berkenaan.
Pegawai pendakwa berkata, modus operandi itu dikesan menerusi telefon bimbit dan pemantauan menerusi laman sosial. - AP

Sunday, May 22, 2011

di alam fana cinta......layan........

LIRIKNYA

Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah

Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi

Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga

Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia

Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta

Ku terpenjara aku terpenjara
Di dalam lena di dalam jaga



MARI BERSAMA SEDEKAH AL FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM SHAMRIN FOTOGRAF.

Honda ------ Lagenda Hidupku (Part 1)

Asalamualaikum.
Nah! disini aku nak nyatakan, bahawa aku sebenarnya peminat "Honda Cub"!
Tak dinafikan motor pertama aku adalah Modenas Kriss 1,sebab tyme tuh, umo 16, baru dapat lesen moto.
Bapak aku belikan aku Modenas Kriss 1 sebab aku dapat keputusan PMR yang agak baik.
Nak dijadikan cerita, pada masa aku dapat Moto Kriss nih, bapak aku pulak tertarik dengan iklan Didalam t.v tyme tuh tentang keluaran motor baru honda iaitu "Honda Wave 125".
Tanpa belengah, beliau terus pergi kedai dan "book order"  untuk Honda Wave 125 .


(sekadar gambar hiasan-amik dri google nih)

Pada mulanya, aku agak janggal tengok moto nih, koz 1st in malaysia 4stroke Cub yang shapenya tajam ala2 jerung.Dahtu kapasiti enjinya yang agak besar untuk kelas Cub juga membuat aku berasa moto ini overlap power.
Akan tetapi,ternyata jangkaanku ada yg tepat.
Terutama dalam bab overlap power,moto ini dalam original spec pon dah laju siot.
Pernah jugak aku long distance from KCH to S/A pakai moto nih(zaman poli dulu2 tuh)
memang powerlah, sebab tanpa full aku tarik throtle minyak pon boleh pg standard topspeed 130 or 140 kmh.(Cuba bayangkan moto nih kene modified enjin) laju tuuuu.........
moto ni bg aku cuma ada 2 jer kelemahan.
1.Tangki minyak yang kecil(berisiko habis minyak tengah long distance)
2.Body terlalu ringan---dengan kapasiti 125 c.c amat lah merbahaya kalau penunggang pon ringan ,hehe.just kidding.

Aku guna Moto ni sehinggalah pada tahun 2007, Ayah aku belikan aku Scooter Modenas Passion 125 c.c Merah.(bab scooter nih akan masok entry post lainkali bersama kenangan pahit manis)

Semenjak itu, Honda Wave 125 jarang aku gunakan, bahkan, last year, ayahku menjual moto tersebut kepada seorang tukang masak kat sekolah menengah(org tua tuh baru bayar rm 500, dahtu buat derk jer.Nyampahla aku)........Sedih ade jugak,koz tuh motor yg bersama aku meredah lebuhraya sarawak yang terok nih :(  .Tapi xper, one day aku bagi rm 500 balik kat  org tua tuh, n aku amik balik motor tuh : ).


(Bersambung Part 2) see next tyme.







GATHERING CHATTER YM SARAWAK

ASALAMUALAIKUM ALL.
Disini ada satu pengumuman.
Satu gathering untuk chatters YM sarawak akan diadakan pada 4 JUN 2011,
bertempat di Kem Permai Kuching.
Gathering anjuran Sis Rose ini bertujuan untuk mengeratkan dan mengumpul semua chatter ym sarawak.
Jadi sesiapa yang berminat sila sediakan RM 10 dan contactlah sis rose secepat mungkin.
Terima Kasih.


Saturday, May 21, 2011

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia (Petikan Dari MalaysiaKini dan Bernama)

Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham berusia 69 tahun.

Mahyon Ismail, popular malay actresMahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Cucu Allahyarham, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil 'mak' itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di Gombak Setia hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital.

"Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.

Mahyon Ismail, popular malay actresNatrah berkata selepas diberi ubat, keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar.

- Bernama




ASALAMUALAIKUM,
Mari kita panjatkan Al Fatihah kepada Allahyarham Mahyon Ismail yang telah kembali keRahmatullah.
Beliau merupakan seniwati yang tiada gantinya.
Kita pada hari ini telah kehilangan insan yang istimewa yang telah menghiburkan kita selama ini melalui dunia hiburan.
Wajah Allahyarham sering terpapar di televisyen melalui drama-drama dan filem.
Semoga Ruh beliau dicucuri rahmat.
Amin.