Pencarian Dibuat Disini

Saturday, May 21, 2011

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia (Petikan Dari MalaysiaKini dan Bernama)

Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham berusia 69 tahun.

Mahyon Ismail, popular malay actresMahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Cucu Allahyarham, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil 'mak' itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di Gombak Setia hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital.

"Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.

Mahyon Ismail, popular malay actresNatrah berkata selepas diberi ubat, keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar.

- Bernama




ASALAMUALAIKUM,
Mari kita panjatkan Al Fatihah kepada Allahyarham Mahyon Ismail yang telah kembali keRahmatullah.
Beliau merupakan seniwati yang tiada gantinya.
Kita pada hari ini telah kehilangan insan yang istimewa yang telah menghiburkan kita selama ini melalui dunia hiburan.
Wajah Allahyarham sering terpapar di televisyen melalui drama-drama dan filem.
Semoga Ruh beliau dicucuri rahmat.
Amin. 

No comments:

Post a Comment